Pages

Aku cemburu..

Aku cemburu..

Pada semua orang..

Aku cemburu dengan
Manusia yang mampu bangun Qiam bermunajat kepada Allah.
sedangkan manusia yang lain sedang ralit dibuai mimpi nan indah

Aku cemburu dengan
Manusia yang penuh ilmu akhiratnya.
sedangkan aku masih mencari cari ilmu Illahi.

Aku cemburu dengan
Muslimah yang menutup aurat dengan sempurna
mabruk kerana kamu memakai pakaian yang menutup aurat mu dan memahalkan diri mu
semoga Allah redha dengan mu wahai wanita wanita solehah  bakal penghuni syurga.

Aku cemburu dengan
Manusia yang lebih mendahulukan cinta kepada Allah dan Rasulnya.
sedangkan aku kadang kala leka dan lalai dengan cinta dunia.

Aku cemburu dengan
Para hafiz wa hafizah yang sudah habis menghafal dan mentaddabur Al Quran hingga helaian terakhir.
sedangkan aku masih di helaian yang sama.

Aku cemburu dengan
Mereka yang dapat menyebarkan dan menyampaikan kebaikan dengan bebas
Tapi aku kadang kala niat ku di batas.

Tapi bila di muhasabah kan semula aku bersyukur di beri kesempatan untuk melakukan semua itu.
Allah maha pengasih lagi maha penyayang,

No comments:

Post a Comment

Syukran