Pages

USRAH

Bismillah.

Sebelum masuk U. Kak Saf bagi nasihat supaya cari kawan yang betul, jaga diri dan cari Usrah. Kak Saf ni dah macam akak sendiri. Selalu bagi nasihat pada aku. Alhamdulillah Allah bagi peluang aku kenal dengan dia.

Lepas berapa bulan masuk U aku tak jumpa lagi Usrah dekat situ. Lagipun kalau ajak roomate aku pergi masjid dia malas nak pergi. Lepastu, tiba tiba ada dapat whatsapp dari seseorang ajak pergi usrah under satu persatuan dekat kampus. Masa tu rasa excited lah. Cuba jugak ajak roomate tapi dia tak nak. Masa tu dalam hati antara nak or tak nak ek pergi.

Then, bagitahu kat kawan yg ada usrah. Lepastu dia bagi semangat pergi je usrah tu. Nak dapat ilmu kan. Ilmu akhirat.

Akhirnya. mengambil keputusan untuk pergi ke masjid join usrah tu dan jalan sorang sorang. Tak kesah sebab masjid tak jauh sangat dari kolej.

Bila join tu rasa macam kita tak berseorangan. Sebab tak rasa sorang je pakai tudung labuh. MasyaAllah dan kakak yang senior semua baik baik. Ya Rabbi. Seronok yang amat.

Setiap kali usrah mesti lah aku datang sebab kita rasa ukhuwah dia kat situ. Aku sayang mereka!

Then, ada kem. Series kem dia memang best.

Sekarang aku menghitung hari nak tinggalkan mereka. Sem depan kemungkinan besar dah tak beljar dekat kampus yang sama. Nak nanges!

Ya Allah kuatkan jodoh aku dengan mereka. Aku tak nak berpisah dengan mereka.

Event lolipop with smile 2.0


sejak habis dah jadi budak sekolah ni, aku memang dah lama dah nak join event event yg macam ni. aku rindu dekat event yg best ni. Weekenders club memang the best!

Tp aku join as wakil aqsa syarif. Event ni dianjurkan utk kutip derma utk syria dan palestine yg tengah bergolak sekarang. Lolipop for free sambil edarkan pamplet pasal syria n palestine. 



Before pergi edarkan kiteorg dah di ingatkan dgn ketua yg tak semua orang akan terima apa yang kita bg ni. Bukan semudah yg disangka lah kan. Di sebabkan niat nak bantu umat islam seakidah  dgn kita kita kuat kan semangat juga. 

Dan bermula perjalanan, kiteorang approach orang orang ramai dekat situ. Ada yg beri komen positif dan dia layan kiteorang baik dan terima lolipop. Lolipop tu kebanyakkannya kiteorg bg kt budak budak. 

Tapi ada jugak yg endahkan apa yg kiteorang cakap. Dan ada jugak yg fikir kiteorang ni nak jual barang. Ya. Memang banyak jenis manusia yg aku jumpa masa event ni. Hari tu hari yang aku banyak belajar dari pelbagai sudut. Dan mengajar erti kesabaran. 

Masih ramai lagi yang tidak tahu apa yang terjadi dekat palestin dan syria. Ada yang masih tidak fikirkan masalah ummah. Kalau bukan kita siapa lagi yg perlu bangkitkan isu isu ummah ini? Adakah kita masih nak duduk diam dan pentingkan diri sendiri? Tepuk dada tanya iman. 

Then, before bersurai kiteorang berkumpul dkt khemah. Dan yg join event ni adalah dalam 100 orang. Dekat sini kiteorang share lah apa pengalaman kiteorang sepanjang event tu. Biasa lah ada yg dapat respon positif dan negatif. Dakwah kalau tak ada ujian macam tak sempurna. Ketika Nabi berdakwah pun lagi berat ujian yg baginda hadapi. 

"Pengajaran untuk hari ini, tak semua orang terima lolipop kita. sama juga dengan dakwah bukan semua orang boleh terima dakwah kita dengan mudah" 

Dakwah pun memerlukan strategi untuk menarik orang agar tertarik dengan Islam. Wallahualam.