Pages

Kerana Aku Ingin Menjadi Diriku

Aku manusia biasa. Hamba Allah juga.

Hidup kalau tak didatangkan ujian rasa macam tidak sempurna hidup ini.

Allah datangkan ujian kerana Dia rindu dengan rintihan hambanya.

Yela, kadang kala masa sakit la baru kita ingat Allah.
"Ya Allah, sakitnya ya Allah"
Tapi masa sihat, kadang kadang kita lupa dengan nikmat sihat yang diberi.

Cuba lah ucap :
"Alhamdulillah masih diberi kesihatan yg baik dan beramal"
Bukan  semua orang suka kita. Bukan semua orang suka cara kita.

Kadang kala dihina, disindir dan macam macam lagi

selagi aku boleh berkongsi masalah dengan Allah selagi itu aku tak berkongsi masalah dengan manusia.

Allah tahu apa yang aku rasa, Allah tahu apa yang aku alami, Allah tahu aku tak sekuat mana.

Kalau manusia, mereka tak tahu apa yang aku rasa, mereka tak tau apa yang aku alami.

Kerana mereka pun ada masalah sendiri yang mungkin mereka sendiri tak dapat menyelesaikan.

Kadang kadang aku penat.

Penat dengan dunia.

Penat dengan kerenah manusia.

Tapi kerana aku yakin yang Allah sentiasa bantu hambaNya yg dalam kesusahan.

Allah uji nak tengok tahap mana iman kita,

Allah uji pada orang yang Dia sayang,

Allah uji kerana Allah tahu kemampuan hambaNya.

Kerana Allah aku terus kuat,

Kerana Allah aku terus bangkit! 

Terima Kasih Ya Allah.

No comments:

Post a Comment

Syukran