Pages

Uhibbukifillah !

Sahabat dan kawan adalah dua makna yang berbeza. Kita boleh cari kawan tapi susah untuk kita mencari sahabat. Kawan kita boleh dapat lebih ramai dari sahabat.

Kalau berkawan..semua orang mudah untuk mencari kawan. Semua yang kita jumpa itu dianggap kawan..Tapi sahabat bagaimana pula? Ermmm..sahabat memang susah dicari..

Sahabat itu seorang yang kita kongsi segalanya bersama-sama dengan dia. Dia faham ape yang kita rasa dan dia akan sentiasa bersama kita ketika kita susah ataupun senang.. Lihat bukan mudah hendak mencari sahabat. Dan semua pasal kita dia tahu tanpa kita beritahu.. Mungkin saya masih mencari-cari lagi sahabat yang sebenar dan memahami antara satu sama lain.

Saya bersyukur kerana Allah.mengurniakan teman dan sahabat yang baik disekeliling saya yang sentiasa menyokong dan membantu saya.

Kadang-kadang saya rasa bersalah bila marah-marah mereka tanpa sebab. Syaitan suka menghasut.. Tetapi kawan saya sabar..Dan saya suka bersahabat dengan mereka kerana pengalaman bersahabat dengan mereka telah mengajar saya untuk lebih menghargai mereka sebagai sahabat..Susah senang bersama.. Alhamdulillah.. 

Bersyukur kerana mereka sering mengigatkan saya untuk melakukan kebaikan dan menjaga diri.. Mereka juga sering memberi nasihat jika saya kecewa.. Kata-kata semangat selalu diberi dan mereka seperti mengantikan mak saya ketika berada di asrama..

Dan mereka juga selalu membuat saya gembira apabila saya sedih.. Mereka sporting dan memang ceria.. Alhamdulillah dapat sahabat macam tu. Mereka selalu mengatakan ayat yang menyenangkan hati dan menyakinkan sesuatu mesti ada baiknya. Cara mereka memang matang.


Berharap ukhuwah yang terjalin kerana Allah ini akan berkekalan hingga akhir hayat dan berpisan atas kehendak Allah.. Hanya Allah yang menentukan hidup mati hambanya..insya'Allah..Wallahualam..

                                                      UHIBBUKIFILLAH ! 

No comments:

Post a Comment

Syukran