Pages

SURAT CINTA UNTUK KAUM HAWA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


    Pertama sekali saya nak mintak maaf sekiranya kedatangan surat ini mengganggu awak. Ada satu perkara yang ingin saya katakan kepada awak. Saya harap awak dapat terima sebaiknya.

    Semalam ketika saya berjalan ke dining, saya terdengar dua orang student perempuan ni sedang bercakap pasal seseorang. Awak nak tahu diaorang kata apa "Eh, cuba kau tengok budak perempuan tu. Tak tahu malu langsung berpakaian  macam tu. Terdedah sini, terdedah situ. Seronoklah tu lelaki-lelaki tengok tubuh dia yang seksi tu." Sebaik sahaja mereka berkata macam tu, tergerak hati saya untuk melihat gerangan siapa yang mereka perkatakan tu. Alangkah terkejutnya saya orang yang mereka perkatakan itu adalah awak. Saya sangat terasa apabila mereka mengata awak, sebab awak kawan baik saya . Saya sedih sangat, dulu awak tak macam tu pun, tapi sejak tinggal di koleh awak berubah. Kemudian tiba-tiba ada seorang mamat ni datang dekat awak terus kiss pip awak. Astaghfirullahalazim terkejut saya,


Awak,
Saya betul-betul sedih tengok awak macam tu. Dulu awak seorang yang lembut. baik hati dan menjaga aurat awak. Tapi kenapa awak berubah? Awak tak ingat ke mase kita kat kampung dulu, kita selalu pergi dengar ceramah Ustazah Naimah. Awak ingat tak ustazah pernah berbicara tenatang maruah seorang wanita kalau awak tak ingat, saya remind balik apa yang ustazah pesan tu ya. Ustazah kata, sebagai seorang wanita Islam kita harus menjaga aurat dan batas pergaulan kita daripada seorang yang bukan muhrim. Haram bagi seorang wanita mempamerkan tubuh badannya sehingga menaikkan nafsu kaum Adam. Aurat  bagi seorang wanita adalah seluruh tubuh anggota badan lecuali muka dan telapak tangan. Wanita haruslah menjaga auratnya daripada terlibat oleh orang yang bukan muhrim. Kemanisan iman itu pasti dirasai bila kita benar-benar menjaga aurat kita, itu yang ustazah pesan, awak ingat tak?


Awak,
Lagi satu ustazah ingatkan kita, Bila kita dah jatuh hati pada seorang lelaki, kita kena pandai jaga diri. Jaga maruah kita sebagai seorang wanita. Jangan sewenang-wenangnya memberi apa sahaja kehendak teman lelaki kita sehingga tiada lagi tersimpan kesucian diri dan rohani kita. Ustazah kata " Peliharalah kesucian hati dan berikanlah hanya untuk yang satu iaitu Allah SWT. Namun, bilamana seorang menitip rasa sayang kepadamu. berikannya dalam kalimah ucapannya yang benar dan sah untuk memperolehi keredaaan Ilahi." Saya  harap awak masih mengingatinya.


Awak,
Itu sahaja yang ingin saya sampaikan kepada awak. Saya harap lepas nie awak boleh jaga diri sebaliknya. Akhir kata, semoga ukhuwah kita akan terus berpanjangan dan saling kasih mengasihi antara satu sama lain.


                                                                                                                               Salam sayang dariku,
                                                                                                                                             Sahabatmu.


sumber dari majalah muslim teens


No comments:

Post a Comment

Syukran