Pages

SRIKANDI SYURGA : ZINNIRAH MUSLIMAH SEJATI



Zinnirah srikandi contoh terunggul sebagai seorang muslimah yang berpegang teguh dalam ketauhidannya kepada Allah SWT. Wanita mithali ini bukanlah terkenal dengan kecantikan atau kebangsawannya. Beliau hanyalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom yang ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Beliau telah dibeli oleh UmarAl-Khattab untul dijadikan hamba. Ketika Rasullah SAW memulakan dakwahnya secara sembunyi, Zinnirah antara golongan pertama yang menerima cahaya keimanan itu.

Pada peringkat awal, Zinnirah menyembunyikan keislamannya daripada diketahui Umar. Namun amalan solehahnya telah berjaya dihidu oleh Umar Al-Khattab apabila melihat perubahan dalam diri hambanya itu. Umar menjadi begitu marah apabila mengetahui Zinnirah menerima ajaran tauhid yang dibawa  Rasullah SAW,kerana Umar begitu memusuhi Rasullah SAW. Maka, Umar telah menyeksa Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya  dan meninggalkan islam. Zinnirah telah dipukul, ditendang dan dijemur ditengah-tengah terik mentari.  Namun.Zinnirah tetap bersabar dan jiwanya bergantung sepenuhnya kepada pertolongan Allah SWT.


Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidakputus-putus mengucapkan "Allah, Allah, Allah,Allahu Akbar, Allah lah yang Maha Besar."


Puncak penyiksaan terhadap Zinnirah adalah apabila kedua matanya ditusuk dengan besi tajam dan panas, dan akhirnya gelaplah seluruh pandangannya. Di saat beliau diseksa dengan penuh kejam hatinya mampu algi berbisik: "Ya Allah, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini untuk menerima apa sahaja. Cuma satu permintaanku, berikanlah petunjuk kepada orang yang menyeksaku ini." Ternyata doa Zinnirah telah dikabulkan Allah SWT apabila tidak lama selepas itu Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah SWT melalui adiknya, Fatimah.


Begitulah hebatnya ketaqwaan seorang mujahidah yang bernama Zinnirah ini. Beliau tidak sedikitpun berganjak keimananya kepada Allah SWT saat penyeksaan datang bertubi-tubi. Kenikmatan yang meneguhkan lagi imannya kepada Allah SWT mengambil sekejap nikmat pandangannya, lalu dipulangkan dengan menggantikan mata yang lebih baik. Zinnirah kembali melihat seperti sedia kala. Akhirnya Saidina Abu Bakar atang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi.


Zinnirah, begitu indah  hatinya yang sentiasa terpimmpin.begitu juga dengan akhlaknya. Hasilnya,hati dan jiwa berasa aman daripada kongkongan nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal didunia tetapi terkenal di langit.





No comments:

Post a Comment

Syukran