Pages

Pekakkan telinga terus buat kebaikan.

Assalammualaikum w.b.t. Dah lama tak sentuh blog nie. Yela tiga minggu exam mid year dan hanya duduk di asrama. Allahu. Rindu pada rumah memamg menggunung masa tu.

Alhamdulillah exam dah habis. Dah buat sehabis baik. Insya'Allah akan baik semuanya. Ameen.

Okay, dekat sini saya nak share sikit cerita. Biasenya hari Sabtu kalau tak balik rumah sekolah buat kelas tuisyen. So, satu hari nie satu subjek cikgu tak masuk sebab ada hal lain. Jadi kita orang free dan berbual lah bukan belajar. haha. Biase lah bebudak cengggini.

Mula cerita pasal kelas nak beli apa untuk cikgu kelas sempena hari guru. Lepas masuk cerita lain pulak. Bincang lah permasalan umat-umat di STP tu.

Ada seorang kawan nie tanya dia tak suka bila orang kata benda-benda tak elok pasal dia and kengkawan dia. Perkara biase lah kan. Jadi bermula tazkirah ringkas dari ketua pengawas yang kami gelar dia imam.


Biarlah apa yang orang nak kata tapi benda tu memang baik teruskan. Kalau asyik dengar orang kata sampai bila-bila kebaikan yang kita nak buat tu tertangguh. Dah tetangguh nak dapat pahala kat situ.

Tak semestinya kita mesti kawan dengan orang yang spesis dengan kita je. Cuba kawan dengan orang lain. Contohnya kita nie banyak cakap, happening and hot gitu. So, jangan cari orang yang sekepala dengan kitaje. Cuba cari orang yang bertentangan dengan dia. Jangan pandang orang tu lain macam dekatkan diri pada orang tu mesti lelama kita akan kenal dia sebenarnya macam mana. Kadang-kadang apa yang kita fikirkan itu lain dari perkara yang sebenar. Adakan bersangka baik.

Lepas tu kalau orang bagi nasihat dekat kita jangan lah cepat melenting cuba terima dan berlapang dada. Mungkin disebalik nasihat itu akan membuka hati kite kearah yang lebih baik. Insya'Allah. Tak semestinya kite hanya padang nasihat orang alim, ustaz, ustazah dan yang nampak baik bagi kite. Tapi, if seorang pelacur bagi nasihat jangan pandang ianya sesuatu yang buruk atau tak berfaedah dimata kita. Setiap kata-kata yang baik ambilnya sebabgai pengajaran. Dalam satu situasi, kita tengah duduk main S4 tetiba datang seorang bagi nasihat pastu belah macam tu je. Kadang-kadang perkara dia ada berlaku dan terkesan kat hati. Nasihat yang sentap lagi lah boleh kesan kat hati.

Muhasabah itu perlu untuk mengingatkan kita.

So, kita nie jangan lah mendabik dada, sombong dan takbur. Semuanya milik Allah. Allah kirimkan seseorang itu untuk tegur kita ingat Allah. Itu tandanya Allah masih sayangkan kita. Wallahualam.

Fuhhh. Nak tau tak bila si imam nie bagi tazkirah ringkas macam nie, memang rase kesan giler kat hati dan muhasabah balik.

No comments:

Post a Comment

Syukran