Pages

Kemalangan Yang Tidak Disangka.

Assalammualaikum. Dah lame tak update blog sebab tak tau nak cerita apa.

So, hari nie saya pelajar SPM 2013 ingin berkongsi cerita dengan anda. Haishh. Banyak cerite kat sekolah nak cerita kat orang nie. Wahaha.

Alkisahnya bermula macam nie.

Dalam perjalanan pulang dari sekolah*hati seronok balik rumah*. Duduk rilex di seat belakang kereta menghilangkan penat sehari bersekolah pada hari Jumaat. Fuhh peluh. haha.

Tiba lah di traffic light. Tapi mase tu dah lampu hijau jadi Abah jalan je lah terus. Tetiba datang satu motor dari tepi langgar kete Abah. Terkejut jugak lah. Mane tak nye sebelah pintu aku duduk je kut. Kus semangat.

Kalau lah motor langgar kerete mesti le motor yang tumbangkan. So, Abah berhenti pandang belakang. Dan aku dapat agak yang bawak motor tu budak sekolah aku. So, Abah keluar kerete aku pun keluar kereta. Adik sepupu aku pun keluar. Jiran aku pun keluar sebab dia pun tumpang balik naik kereta aku. haha.

Berlari lah aku dan Abah pergi kat budak perempuan tu. Takut lah jadi apa-apa. Tak giler nanti kena anak orang. Allahuakbar.

Pergi lah tolong budak even mase tu orang ramai dah tolong dia. Nasib baik mase tu traffic light merah so kereta tak lalu. Kalau tak dah lame kena langgar. Allahu. Allah masih nak bagi dia peluang hidup.

Aku pun pergilah kat budak tu. Sekali tengok kawan aku kot. Aku datang kat dia terus dia peluk aku. Mengigil-gigil dia. Dia kata dia takut. Kiteorang pun tenangkan dia. Kalau aku pun aku takut. Ade hikmahnya Abah tak bagi aku amek lesen motor. haha.

Dah tenang semua. Check motor ade lah rosak sikit. Alhamdulillah dia tak apa-apa. Cuak jugak kadang-kadang. Dan dia pulang dengan selamat. Alhamdulillah.

Okay tu je nak cerita. Moral of the story. Pandu selamat jiwa selamat. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Syukran