Pages

First Gathering bersama #Team Hijrah Melaka

Assalammualaikum ! nak cerita dan sharing lah pasal first gathering kiteorang iaitu #TeamHijrahMelaka la. Dan bertempat di Masjid Selat. Bermula pada pukul 11 pagi hingga 6 petang.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sampai je kat sana hihi saya disambut cehh padahal suruh kak Asilah tunggu depan masjid sebab segan nak masuk. huhu.

Bila masuk je semua pandang. Allah segan..hihi.. Dan bersalaman dengan semua ahli kat situ dan majoriti berniqab Allahuakbar. Sejuk mata memandang. Dan mereka baik sangat-sangat.

Dan bermula sesi ta'aruf antara ahli..haha bila sebut nama FB..ohh yang nie la dia.. Sangat segan disitu..hehe..dan bermula perbincangan untuk Kempen Tutup Aurat pada 9 Disember nie.. Semua dipersilakan untuk join bersama :)

Selepas selesai solat Zuhur kami mula berusrah. Ya dan saya sangat rindu untuk berusrah beramai-ramai macam nie. Allah dahaganya ilmu dalam bulatan gembira ini. Dalam usrah tu kami sentuh bab Hijrah.

Hijrah atau Hajrah bermaksud perpindahan. Perpindahan lebih kepada untuk tahun Nabi Muhammad yang mane baginda berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madina untuk menyampaikan dakwah. Tapi hijrah untuk kita zaman sekarang ialah perubahan dari yang tidak baik kepada yang lebih baik. Wallahualam..

Dan biase lah bila kite berubah orang yang kawan baik dengan kita kebiasaan nyer akan jauh dengan kita sebab dah tak same macam dteorg dulu. Biase macam tu la. Tapi janganlah berubah hati hanya disebabkan kawan kite berubah disebabkan Allah :). Bile kita berubah sebahagiannya akan sindir kita biase la tu. Kita doakanlah mereka dapat hidayah :)

Then, kalau kita nak tegur kawan yang minum arak or yang berat. Kite kenalah tegur slow-slow cakap lah macam nie ' Jangan lah minum depan aku'.. kalau dia tak nak dengar juga kita pergi tempat lain. Sebab kalau kita tak tegur nanti dekat akhirat Allah tanya kenapa kau buat ? kawan kite kate, ' Dia tak tegur aku'. Jadi sekurangnyer kita dah jalankan tugas kita dan biarkan Allah lakukan yg lain.

Biasenye, nak tarik orang kearah kebaikan memang susah. Sebab dyeorg nie tak macam kita yang boleh berubah drastik. Kite kena lah slow-slow dengan dyeorg.. If kite nak tegur orang yang tak tutup aurat jangan lah men serang je. Contoh : 'Kau tau tak tutup aurat tu dosa ? kau tak takut ? masuk neraka tau ? ' So please don't be like that. Kita tarik dyeorang perlahan-lahan.

Itu lah antara topik yang dibincangkan. Ade lagi topik tapi dah tak ingat sangat.Tak pe lah dapat share nie pun dah okay kan ?

Then, sesi bergambar before balik.

Silalah tengok :)


sila la join






jemput berbuka 





2 comments:

  1. alhamdulillah... saya org Melaka juga. tpi dah merantau banyak tmpat.. moga2 ukhuwah brkekalan :)

    ReplyDelete

Syukran