Pages

Pilihlah Yang Paling Betul !





Dialog ikhlas kena datang dulu ke?

Kawan: Bukan aku tak nak. Tapi, buat apa aku buat kalau aku tak ikhlas.

Saya: Tak ikhlas?

Kawan: Haah lah. Nanti sia-sia je aku buat tapi aku buat dalam keadaan aku terpaksa dan dipaksa.

Saya: Terpaksa dan dipaksa?

Kawan: Haih. Yelah, kalau nak pakai tudung kenalah ikhlas. Kenalah dari hati sendiri, mestilah dapat hidayah dulu, ada seru dulu. Kalau tak, nanti tudung je kat kepala, tapi perangai masih tak ubah. Tak ikhlas namanya tu.

Saya: Oh. Macam tu ke.?

Kawan: Hmm.

Saya: Emm. Kenapa kau kerja kat syarikat AA tu?

Kawan: Eh. Pesal ko tetiba tanya pasal kerja lak ni? Bukan kita cakap pasal tudung ke tadi?

Saya: Hehe. Saje. Apasal ko kerja kat syarikat tu ye?

Kawan: Kenapa kerja kat situ? Ala, sebab aku nak cari duit la.

Saya: Kalau bukan sebab duit, ko nak kerja tak?

Kawan: Err.. aku kerja sebab aku nak duit. Aku tak kerja, kalau bukan sebab duit.

Saya: Jadi... kau tak ikhlas lah ni kerja kat syarikat AA tu? Kau kerja sebab kau nak duit je lah ni?

Kawan: Eh. Tak. Aku ikhlas.... Dulu, memang aku fikir nak duit je. Tapi sekarang, aku ingat, aku nak naikkan reputasi syarikat AA tu jugak dan aku kerja sebab kerja itu ibadah.

Saya: Oh. Macam tu. Kiranya, sekarang dah ikhlas bekerjalah, bekerja kerana Allah? Dulu tak berapa nak ikhlas?

Kawan: Heheh. Haah. Macam tulah.

Saya: Alhamdulillah. Jadi, kenapa kau susah nak bertudung dan menutup aurat pulak?

Kawan: Eh. Kenapa tetiba pasal tudung pulak ni? Peliklah ko ni.

Saya: Apa yang peliknya.? Kalau awal bekerja tak ikhlas boleh kau lakukan, kenapa tidak dengan menutup aurat?

Kawan: Maksud kau? Aku tak faham.

Saya: Menutup aurat itu wajib. Mesti dilakukan. Kenapa mesti tunggu ikhlas itu datang?

Kawan: Err. Sebab menutup aurat tu benda baik. Mestilah ikhlas dulu.

Saya: Kerja itu juga benda baik. Kenapa tak tunggu ikhlas datang baru nak kerja?

Kawan: Err. Kalau tunggu ikhlas datang, tak kerjalah aku. Tak dapat duit lah aku.

Saya: Dan kalau kita nak tunggu ikhlas datang, tak menutup auratlah kita. Tak masuk syurga Allah lah kita.

Kawan: Mm.

Saya: Kau boleh kerja tanpa menunggu ikhlas datang. Lepas lama bekerja, kau mulai faham dengan selok belok kerja mu dan kau mulai jatuh cinta dengan kerja yang kau lakukan. Dan akhirnya, kau ikhlas dalam melakukan kerja tanpa menuntut gaji yang tinggi. Kan?

Kawan: Ermm.

Saya: Begitu juga dengan menutup aurat, bertudung. Kau sepatutnya boleh bertudung dan menutup aurat tanpa menunggu ikhlas datang. Kerana apa? Kerana ikhlas itu akan datang dengan izin Allah setelah dirimu cuba mematuhi perintah Allah. Sama halnya dengan solat, puasa dan lain-lain. Kewajipan yang Allah tetapkan itu wajib kita lakukan tanpa sebarang alasan. Persoalan ikhlas atau tidak itu hanya Allah yang akan nilai. Bukan dari kaca mata manusia.

Kawan sudah membatu. Matanya berair.

Saya: Kalau kita boleh memaksa diri kita bangun pagi dan keluar bekerja di pagi buta kerana merasa kerja itu ibadah. Kenapa tidak dengan menutup aurat? Kenapa menutup aurat itu berat?

Kawan: Aku.. aku...

Saya: Jangan tunggu ikhlas. Buat je dulu.

Kawan: Tapi...

Saya: Paksa diri.

Kawan: Nur..........

Kawan saya menangis akhirnya. Saya peluk dia.

Erat.

Moga hidayah bersamamu!

No comments:

Post a Comment

Syukran